..!! Tengok gambar kek je boleh DIET !!..



Salam malam jumaat Ima ucapkan. Apa aktiviti korang saat ini? Adakah macam Ima yang sedang khusyuk melayan telatah kanak-kanak ribena? Tak ada la kanak-kanak sangat kan, dah umur 20 dah pun, tapi gelagat Ya Allah, selalu buat Ima mengilai sesorang.Hihihi.. Korang nak kenal tak 'kanak-kanak' yang Ima maksudkan tu? =) Nanti Ima cerita dalam next or next entri k. Sure korang terpikat =DD

Korang mesti tertanya-tanya kan tajuk entri Ima kali ni. Macam impossible aje kan. Korang...meh Ima bagi tahu kenyataan. 


Menurut sebuah kajian, memandang gambar kek dan makanan manis yang menggoda jiwa membantu perempuan makan dengan cara sihat. Sememangnya agak janggal mendengarnya. Tapi, kajian dari Utrecht University di Belanda menemukan bahawa gambar makanan manis sebenarnya menguatkan lagi semangat serta tekad perempuan untuk makan dengan baik.
Haa..so korang, cuba mulakan dengan menampal gambar makanan tidak sihat di pintu peti ais untuk menghentikan cara pemakanan yang tidak sihat ! ^^

p/s :: tidak kira ape jantina kita,berapa umur kita,kesihatan penting utk hidup.(;