GooDBYE 2012


Assalamualaikum dan salam 31122012. Wahh. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun baharu. Dan semestinya umur juga makin meningkat. Sebut pasal umur ni,kalau boleh nak aje kecik sampai bila-bila. Haha.. manusia,selalu aje demand lebih-lebih. Actually sambil jari-jemari menari di atas keyboard ni, Ima flashback apa yang telah menjadi sejarah bagi Ima dalam tahun 2012 ni. Cuba korang flashback perkara-perkara yang menggembirakan korang pada tahun 2012. Mesti ada kan. Bagi Ima, tahun 2012 merupakan tahun yang 'tough' buat Ima. Banyak perkara mencabar terjadi. Dan Ima berharap dugaan dan cabaran pada tahun 2012 menjadikan Ima seorang yang kuat dan 2013 merupakan 'lucky year' untuk Ima. Tak sabar rasanya nak menempuh hari-hari mendatang. =D

2012, selamat tinggal diucapkan. Tetapi apa yang terjadi dalam hidup kita tidak kira perkara menggembirakan atau sedih,pasti tidak dapat dilupakan. Jadikan setiap perkara yang berlaku sebagai sejarah hidup. Jadikan musibah sebagai muhasabah diri. Jadikan anugerah sebagai kurniaan Allah Taala yang tidak terhingga. Jika tahun 2012 adalah tahun yang malang, sila jangan salahkan sesiapa. Sila check diri kita dan improve apa yang kurang. Kadang-kadang manusia sedar kekurangan yang ada tapi tiada kesedaran untuk berubah. Itu salah satu sifat yang perlu dan wajib tiada dalam diri. Pesanan tidak berbayar ini juga khas untuk Ima sendiri =)

C.H.A.N.C.E ! Yes, everyone have a chance. Tak semua orang memiliki EVO tapi semua orang memliki peluang. Peluang yang diberi kekadang tidak mampu mengejutkan kita dari tidur. Tapi orang yang bijak selalu mampu mengejar peluang yang diberi. Oleh itu, jom kita jadi yang bijak antara yang terbijak. =)
Ima harap kawan-kawan Ima yang baca entri last untuk tahun 2012 ini sedang tersenyum dan teruskan perjuangan yang telah korang mulakan. Ima ada beberapa pesanan untuk korang  ni.


  • ·         Ibarat melepaskan batuk di tangga. [Avoid]
  • ·         Jadi anak yang soleh & solehah.
  • ·         Bekerja/belajar seolah-olah hidup 1000 tahun lagi, beramal seolah-olah mati esok hari.
  • ·         Boleh toleh ke belakang,tapi sebagai pengajaran untuk masa hadapan.
  • ·         Jangan hanya meminta, harus juga memberi.
  • ·         Sebelum tidur malam terakhir 2012,maafkan semua orang terutama musuh korang.
  • ·         Jadikan laman sosial korang tempat menimba ilmu dan mengeratkan silaturrahim.
  • ·         Lastly, jadi seorang yang berguna untuk agama,bangsa dan negara!


Semoga korang terhibur dengan entri-entri yang ntah pape dari Ima. Dan maafkan blog sekiranya ada yang terkurang ajar disini. Maafkan blog ye teman-teman (;
Berjumpa lagi di tahun 2013 !!

DOA AKHIR TAHUN :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.