Contoh Text Pertandingan Pidato


Tajuk : KELESTARIAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Event : Pertandingan Pidato Puteri Kebangsaan 2011
Venue : PWTC


Bismillahirrahmanirrahim….
“ayah…ayah…di mana rumah kita? Ayah..ayah..di mana jiran kita? Ayah…ayah… di mana adik-adik saya? Ayah-ayah… di mana ayah?” mungkin,inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang kehilangan habitat akibat pembangunan. Pembangunan adalah satu perkara yang wajib berlaku saban hari di sekeliling kita,atas nama pembangunan,keadaan semulajadi di muka bumi terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit,demi apa?demi merealisasikan seribu impian  yang terkandung dalam istilah pembangunan.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Datuk Seri Zahid Hamidi,Menteri Pertahanan Malaysia,Yang Berbahagia Dato’ Rosnah Abdul Rashid Shirlin,selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Yang Arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan,semestinya,saudari penjaga masa yang setia dengan randiknya,dif-dif kehormat,tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum, salam satu Malaysia dan Salam kelestarian alam sekitar!

Para hadirin sekalian
Ini bukan gadis melayu untuk memilih calon menantu. Ini juga bukan rancangan realiti yang mana jari-jemari yang menjadi jurinya,dan ini juga bukan kisah Saheizy Sam menang Anugerah Bintang Popular..namun ini ceritera kita bersama. Bagaimana? Ayuh bersama saya “kelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama”
Sebelum kaki mengorak langkah,lidah mengalun bicara,jika kita lihat pada tajuk ini,ianya merupakan tajuk yang meluas dan banyak aspek yang boleh dibincangkan. Tetapi jika direnung dan diteliti sedalam-dalamnya,maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan “tanggungjawab bersama”
Mutakhir ini,arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan Negara kita. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun sedarkah hadirin bahawa alam sekitar kita sudah terjejas?kita sebenarnya tersempit antara keinginan menjadi sebuah Negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara,bak kata peribahasa “ditelan mati emak,diluah mati bapa”.

Sidang hadirin yang penuh santun,
Cuba ambil masa 60 saat dari sekarang,tanggungjawab bersama itu sebenar-benarnya harus dipikul oleh siapa?ya,itulah jawapannya. Sudah tentulah jawapannya merujuk kepada kanak-kanak yang baru dilahirkan sehingga orang tua yang lanjut usianya. Alam yang sepatutnya kini kita jaga,belai dan pelihara untuk anak cucu kita di masa hadapan telah dirobek hari demi hari. Oleh yang demikian,dengan drastiknya beberapa langkah  perlu diambil kira bermula dari rumah lagi.Bak kata orang Putih,home sweet home. Justeru itu,ibubapa perlu memainkan peranan aktif dan tidak menganggap menjaga kebersihan  adalah tanggungjawab  pihak tertentu sahaja. Bagaimana? Ibubapa perlulah menjadi contoh kepada anak-anak agar mereka sentiasa menjaga kebersihan dan keseimbangan alam sekitar terpelihara. Bagaimana?ibubapa sekalian,disini mahupun dirumah,perlulah mewujudkan suasana yang bersih di persekitaran rumah kita dan sentiasa memastikan  sampah sarap di tempat yang disediakan. Contohnya hadirin sekalian,ibubapa menegur sikap anak-anak yang membuang sampah di tempat awam dengan cara yang baik dan berkesan kerana ibubapa merupakan role model anak-anak. Bak kata pepatah,”bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

Hadirin yang dikasihi sekalian,
Pihak sekolah mahupun kementerian pelajaran tidak terkecuali daripada tanggungjawab terhadap alam sekitar. Tamsilannya,peranan dalam memberikan tarbiyah tentang menjaga alam sekitar kepada pelajar perlu diperkasakan lagi. Pada masa yang sama,pihak pentadbiran perlu mengambil enteng setiap aduan pelajar tentang pencemaran sekeliling serta menganjurkan aktiviti-aktiviti yang membantu menanam sifat sayangkan keindahan alam sekitar,sebagai contoh pertandingan kelas tercantik dan taman tercantik. Berbalik kepada pihak kementerian pelajaran,pihak tersebut perlu memberi galakan kepada pelajar supaya mengikut lawatan sambil belajar ke tempat2 yang alam sekitarnya tercemar.. Tuntasnya kita tidak perlu bersikap “bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing” dalam memelihara alam sekitar agar tidak terus menerus dipunah sewenang2nya.

Sedarkah hadirin sekalian bahawa hari alam sekitar sedunia @ world environment day disambut pada 5 jun setiap tahun? Ditubuhkan oleh pertubuhan agung PBB pada 1972 bagi membangkitkan kesedaran dan menarik minat politik dan tindakan awam.Namun,masyarakat Malaysia tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia ini kerana mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak sejak bertahun lalu.oleh itu,seharusnya setiap anggota memiliki kesedaran yang tinggi dalam menyelamatkan alam sekitar termasuk sungai dan laut. Sebagai contoh,tidak sesuka hati membuang sampah ke longkang kerana akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan boleh menyebabkan banjir. Saya bagi contoh lagi,banjir besar yang berlaku di Johor menyebabkan kerajaan mengeluarkan kos RM1 billion bagi memperbaiki kemudahan2 yang rosak akibat banjir. Kita juga boleh menjadi ejen penyedar masyarakat di mana kita menyebarkan mesej2 dan risalah2 kepada kawan2 mengenai isu ini melalui sms,e-mail,blog,facevook,twitter dan lain-lain lagi. Sewajarnya masyarakat harus sedar alam semulajadi yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang boleh di recycle atau kitar semula,tetapi ianya mestilah diharmonikan dan dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sikap bertanggungjawab,jadi masyarakat haruslah memainkan peranan agar alam lebih harmoni,aman dan makmur.


Sidang hadirin yang budiman,
Peranan media massa khususnya stesen2 televisyen amat penting sebagai madah penghubung informasi dua hala antara masyarakat dan juga pihak yang bertanggungjawab. Televisyen dikatakan sebagai suara rakyat dalam melaporkan berita-berita mengenai alam sekitar dan pada masa yang sama memberikan pendidikan kesedaran memelihara alam ini kepada khalayak umum.
Sumbangan utama televisyen di negara ini adalah menjadi jambatan maklumat kepada masyarakat dalam memaparkan isu-isu yang berkaitan alam sekitar khususnya. Misalnya siapa yang tidak mengenali Karam Singh Walia yang sering dikaitkan dengan laporan yang sensasi mengenai alam sekitar.

Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berkata bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang penuh pengertian ini menunjukkan bahawa kita semua bertanggungjawab dalam memikirkan isu alam sekitar terutama kepada media yang merupakan ”watchdog” kepada masyarakat.Rancangan TV Pendidikan merupakan bahan bantu mengajar yang sangat berkesan bagi mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan pada masa yang sama membantu merangsangkan minda dan motivasi pelajar ke arah mencintai alam sekitar.Siaran televisyen mahupun radio memiliki daya pengaruh yang sangat kuat terhadap kehidupan manusia sebagaimana yang diterangkan dalam Teori Peluru atau Hyperdemic Needle Theory, yang mampu mengubah sikap, pendapat dan tingkah laku seseorang. 
Maka, dilihat televisyen berperanan besar dalam memulihkan bencana alam termasuk peristiwa ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 dengan kekuatannya telah menyiarkan bencana nasional tersebut setiap saat, setiap waktu. Dek peranan televisyenlah berjuta-juta masyarakat dunia memberikan bantuan, doa dan material lain. Isu-isu alam sekitar yang dilaporkan oleh pihak televisyen telah menarik perhatian banyak pihak. Dalam membicarakan soal bencana alam peranan dan sumbangan televisyen adalah jelas dan nyata.Sebagai contoh, pemberitaan tentang gunung Merapi yang semakin hari dilaporkan telah memberikan maklumat yang penting kepada masyarakat diluar agar berwaspada.
Hari ini, jikalau menonton televisyen tidak kira stesen televisyen swasta mahupun kerajaan, kebanyakan berita yang dipaparkan adalah mengenai isu politik, hiburan, ekonomi dan sebagainya., Amat jarang sekali isu mengenai pendidikan mahupun pemuliharaan alam sekitar dipaparkan oleh stesen televisyen. Yang hanya mendapat liputan adalah isu seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, isu liwat Dato’ Seri Anwar dan pelbagai berita hiburan lain lagi. Memang tidak dinafikan berita-berita sebegitu juga adalah penting. Namun begitu, isu alam sekitar amat penting dan perlu diberi penegasan kerana masalah alam sekitar boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara dan seterusnya boleh menjejaskan pembangunan negara. Pada keseluruhannya, apabila berlaku sesuatu tragedi atau fenomena alam sekitar, barulah wartawan-wartawan, pemberita sibuk melaporkannya. Begitu jua, semuanya ibarat sudah terhantuk baru tergadah. Program televisyen mengenai pendidikan pemuliharaan alam sekitar seharusnya semakin hebat diterbitkan. Media seperti stesen-stesen televisyen perlu membangkitkan mana-mana pihak yang lena, menegur mana-mana pihak yang alpa sebelum masyarakat ditimpa bencana, sebelum alam mula memberontak. Yang pastinya, janganlah kita mencemarkan alam sekitar kerana kita memerlukannya. Walau hanya dengan tidak membuang sampah merata-rata sudah cukup bermakna untuk kita berbakti kepada alam. Tentunya alam sekitar yang terjaga memberi manfaat kepada kita jika kita prihatin menjaganya. Tuntasnya, media perlu lebih pro-aktif dan agresif dalam membongkar isu alam sekitar melalui integrasi pendidikan alam sekitar.

Hadirin yang dimuliakan,
Jantung negara kita iaitu kerajaan Malaysia sendiri perlu memulakan langkah yang bijak dan setanding dengan negara Jerman misalnya yang telah menggunakan sistem green dot iaitu sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan2 pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip,diasingkan dan dikitar semula.Taiwan contohnya telah mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang patut dicontohi dan mendorong negara kita ke arah mesra alam sekitar. Pihak kerajaan juga perlu dan mesti memantau  lokasi2 yang sering menjadi tempat pembuangan sisa toksik atau pembalakan haram.dalam hal ini,pihak kerajaan perlu memainkan peranan besar supaya hukuman setimpal dikenakan kepda pihak yang delinkuen terhadap peraturan alam sekitar.”bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Oleh itu,kita perlulah memupuk semangat sinergi dengan pihak kerajaan supaya dapat mengatasi isu kelestarian alam sekitar ini.

Hadirin sekalian,sidang penonton penuh santun,
Harus dikejut mana yang lena,
Harus ditegur mana yang alpa,
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai bicara

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai isi dan kuku,bagai irama dan lagu,bak aur dengan tebing. Oleh itu,hutan ditebang,hutan dimusnahkan,hutan diterokai untuk pembangunan sudah pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian,jika satu hari nanti,monyet2,harimau2 dan gajah2 ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan terkejut jika cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu  pokok yang tumbuh melilit ditepi pagar.
Oleh itu hadirin,bukalah mata dan minda,sama2 kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sifat mencintai alam sekitar. Ingat,alam gemilang,hidup pasti cemerlang. Jadi anda bayangkan andainya alam oleh berkata2,mungkin inilah luahan isi hati sebatang pokok meranti ataupun seekor semut api merah. Konklusinya,manusia yang mengancam,manusia sendiri yang terancam. Persoalannya,untuk mengejar sesuatu kemajuan,haruskah alam menjadi taruhannya? Timbang-timbangkan agar bom jangka ke tiga ini tidak terus meledak seperti ledakan tsunami di Jepun,gempa Bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan Wilma di Amerika. Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi,fikir2 lah sendiri.
“kelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama”
Wabillahitaufiqwalhidayah..wassalam….
Pemidato bestari,mohon berundur.^,^ 

:: Manfaatkan ilmu yang ada,serlahkan ape jua bakat yang korang ada. Masa depan di tangan kita !^^