GooDBYE 2012


Assalamualaikum dan salam 31122012. Wahh. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun baharu. Dan semestinya umur juga makin meningkat. Sebut pasal umur ni,kalau boleh nak aje kecik sampai bila-bila. Haha.. manusia,selalu aje demand lebih-lebih. Actually sambil jari-jemari menari di atas keyboard ni, Ima flashback apa yang telah menjadi sejarah bagi Ima dalam tahun 2012 ni. Cuba korang flashback perkara-perkara yang menggembirakan korang pada tahun 2012. Mesti ada kan. Bagi Ima, tahun 2012 merupakan tahun yang 'tough' buat Ima. Banyak perkara mencabar terjadi. Dan Ima berharap dugaan dan cabaran pada tahun 2012 menjadikan Ima seorang yang kuat dan 2013 merupakan 'lucky year' untuk Ima. Tak sabar rasanya nak menempuh hari-hari mendatang. =D

2012, selamat tinggal diucapkan. Tetapi apa yang terjadi dalam hidup kita tidak kira perkara menggembirakan atau sedih,pasti tidak dapat dilupakan. Jadikan setiap perkara yang berlaku sebagai sejarah hidup. Jadikan musibah sebagai muhasabah diri. Jadikan anugerah sebagai kurniaan Allah Taala yang tidak terhingga. Jika tahun 2012 adalah tahun yang malang, sila jangan salahkan sesiapa. Sila check diri kita dan improve apa yang kurang. Kadang-kadang manusia sedar kekurangan yang ada tapi tiada kesedaran untuk berubah. Itu salah satu sifat yang perlu dan wajib tiada dalam diri. Pesanan tidak berbayar ini juga khas untuk Ima sendiri =)

C.H.A.N.C.E ! Yes, everyone have a chance. Tak semua orang memiliki EVO tapi semua orang memliki peluang. Peluang yang diberi kekadang tidak mampu mengejutkan kita dari tidur. Tapi orang yang bijak selalu mampu mengejar peluang yang diberi. Oleh itu, jom kita jadi yang bijak antara yang terbijak. =)
Ima harap kawan-kawan Ima yang baca entri last untuk tahun 2012 ini sedang tersenyum dan teruskan perjuangan yang telah korang mulakan. Ima ada beberapa pesanan untuk korang  ni.


  • ·         Ibarat melepaskan batuk di tangga. [Avoid]
  • ·         Jadi anak yang soleh & solehah.
  • ·         Bekerja/belajar seolah-olah hidup 1000 tahun lagi, beramal seolah-olah mati esok hari.
  • ·         Boleh toleh ke belakang,tapi sebagai pengajaran untuk masa hadapan.
  • ·         Jangan hanya meminta, harus juga memberi.
  • ·         Sebelum tidur malam terakhir 2012,maafkan semua orang terutama musuh korang.
  • ·         Jadikan laman sosial korang tempat menimba ilmu dan mengeratkan silaturrahim.
  • ·         Lastly, jadi seorang yang berguna untuk agama,bangsa dan negara!


Semoga korang terhibur dengan entri-entri yang ntah pape dari Ima. Dan maafkan blog sekiranya ada yang terkurang ajar disini. Maafkan blog ye teman-teman (;
Berjumpa lagi di tahun 2013 !!

DOA AKHIR TAHUN :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Contoh Text Pertandingan Pidato


Tajuk : KELESTARIAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Event : Pertandingan Pidato Puteri Kebangsaan 2011
Venue : PWTC


Bismillahirrahmanirrahim….
“ayah…ayah…di mana rumah kita? Ayah..ayah..di mana jiran kita? Ayah…ayah… di mana adik-adik saya? Ayah-ayah… di mana ayah?” mungkin,inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang kehilangan habitat akibat pembangunan. Pembangunan adalah satu perkara yang wajib berlaku saban hari di sekeliling kita,atas nama pembangunan,keadaan semulajadi di muka bumi terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit,demi apa?demi merealisasikan seribu impian  yang terkandung dalam istilah pembangunan.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Datuk Seri Zahid Hamidi,Menteri Pertahanan Malaysia,Yang Berbahagia Dato’ Rosnah Abdul Rashid Shirlin,selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Yang Arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan,semestinya,saudari penjaga masa yang setia dengan randiknya,dif-dif kehormat,tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum, salam satu Malaysia dan Salam kelestarian alam sekitar!

Para hadirin sekalian
Ini bukan gadis melayu untuk memilih calon menantu. Ini juga bukan rancangan realiti yang mana jari-jemari yang menjadi jurinya,dan ini juga bukan kisah Saheizy Sam menang Anugerah Bintang Popular..namun ini ceritera kita bersama. Bagaimana? Ayuh bersama saya “kelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama”
Sebelum kaki mengorak langkah,lidah mengalun bicara,jika kita lihat pada tajuk ini,ianya merupakan tajuk yang meluas dan banyak aspek yang boleh dibincangkan. Tetapi jika direnung dan diteliti sedalam-dalamnya,maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan “tanggungjawab bersama”
Mutakhir ini,arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan Negara kita. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun sedarkah hadirin bahawa alam sekitar kita sudah terjejas?kita sebenarnya tersempit antara keinginan menjadi sebuah Negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara,bak kata peribahasa “ditelan mati emak,diluah mati bapa”.

Sidang hadirin yang penuh santun,
Cuba ambil masa 60 saat dari sekarang,tanggungjawab bersama itu sebenar-benarnya harus dipikul oleh siapa?ya,itulah jawapannya. Sudah tentulah jawapannya merujuk kepada kanak-kanak yang baru dilahirkan sehingga orang tua yang lanjut usianya. Alam yang sepatutnya kini kita jaga,belai dan pelihara untuk anak cucu kita di masa hadapan telah dirobek hari demi hari. Oleh yang demikian,dengan drastiknya beberapa langkah  perlu diambil kira bermula dari rumah lagi.Bak kata orang Putih,home sweet home. Justeru itu,ibubapa perlu memainkan peranan aktif dan tidak menganggap menjaga kebersihan  adalah tanggungjawab  pihak tertentu sahaja. Bagaimana? Ibubapa perlulah menjadi contoh kepada anak-anak agar mereka sentiasa menjaga kebersihan dan keseimbangan alam sekitar terpelihara. Bagaimana?ibubapa sekalian,disini mahupun dirumah,perlulah mewujudkan suasana yang bersih di persekitaran rumah kita dan sentiasa memastikan  sampah sarap di tempat yang disediakan. Contohnya hadirin sekalian,ibubapa menegur sikap anak-anak yang membuang sampah di tempat awam dengan cara yang baik dan berkesan kerana ibubapa merupakan role model anak-anak. Bak kata pepatah,”bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

Hadirin yang dikasihi sekalian,
Pihak sekolah mahupun kementerian pelajaran tidak terkecuali daripada tanggungjawab terhadap alam sekitar. Tamsilannya,peranan dalam memberikan tarbiyah tentang menjaga alam sekitar kepada pelajar perlu diperkasakan lagi. Pada masa yang sama,pihak pentadbiran perlu mengambil enteng setiap aduan pelajar tentang pencemaran sekeliling serta menganjurkan aktiviti-aktiviti yang membantu menanam sifat sayangkan keindahan alam sekitar,sebagai contoh pertandingan kelas tercantik dan taman tercantik. Berbalik kepada pihak kementerian pelajaran,pihak tersebut perlu memberi galakan kepada pelajar supaya mengikut lawatan sambil belajar ke tempat2 yang alam sekitarnya tercemar.. Tuntasnya kita tidak perlu bersikap “bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing” dalam memelihara alam sekitar agar tidak terus menerus dipunah sewenang2nya.

Sedarkah hadirin sekalian bahawa hari alam sekitar sedunia @ world environment day disambut pada 5 jun setiap tahun? Ditubuhkan oleh pertubuhan agung PBB pada 1972 bagi membangkitkan kesedaran dan menarik minat politik dan tindakan awam.Namun,masyarakat Malaysia tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia ini kerana mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak sejak bertahun lalu.oleh itu,seharusnya setiap anggota memiliki kesedaran yang tinggi dalam menyelamatkan alam sekitar termasuk sungai dan laut. Sebagai contoh,tidak sesuka hati membuang sampah ke longkang kerana akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan boleh menyebabkan banjir. Saya bagi contoh lagi,banjir besar yang berlaku di Johor menyebabkan kerajaan mengeluarkan kos RM1 billion bagi memperbaiki kemudahan2 yang rosak akibat banjir. Kita juga boleh menjadi ejen penyedar masyarakat di mana kita menyebarkan mesej2 dan risalah2 kepada kawan2 mengenai isu ini melalui sms,e-mail,blog,facevook,twitter dan lain-lain lagi. Sewajarnya masyarakat harus sedar alam semulajadi yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang boleh di recycle atau kitar semula,tetapi ianya mestilah diharmonikan dan dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sikap bertanggungjawab,jadi masyarakat haruslah memainkan peranan agar alam lebih harmoni,aman dan makmur.


Sidang hadirin yang budiman,
Peranan media massa khususnya stesen2 televisyen amat penting sebagai madah penghubung informasi dua hala antara masyarakat dan juga pihak yang bertanggungjawab. Televisyen dikatakan sebagai suara rakyat dalam melaporkan berita-berita mengenai alam sekitar dan pada masa yang sama memberikan pendidikan kesedaran memelihara alam ini kepada khalayak umum.
Sumbangan utama televisyen di negara ini adalah menjadi jambatan maklumat kepada masyarakat dalam memaparkan isu-isu yang berkaitan alam sekitar khususnya. Misalnya siapa yang tidak mengenali Karam Singh Walia yang sering dikaitkan dengan laporan yang sensasi mengenai alam sekitar.

Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berkata bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang penuh pengertian ini menunjukkan bahawa kita semua bertanggungjawab dalam memikirkan isu alam sekitar terutama kepada media yang merupakan ”watchdog” kepada masyarakat.Rancangan TV Pendidikan merupakan bahan bantu mengajar yang sangat berkesan bagi mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan pada masa yang sama membantu merangsangkan minda dan motivasi pelajar ke arah mencintai alam sekitar.Siaran televisyen mahupun radio memiliki daya pengaruh yang sangat kuat terhadap kehidupan manusia sebagaimana yang diterangkan dalam Teori Peluru atau Hyperdemic Needle Theory, yang mampu mengubah sikap, pendapat dan tingkah laku seseorang. 
Maka, dilihat televisyen berperanan besar dalam memulihkan bencana alam termasuk peristiwa ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 dengan kekuatannya telah menyiarkan bencana nasional tersebut setiap saat, setiap waktu. Dek peranan televisyenlah berjuta-juta masyarakat dunia memberikan bantuan, doa dan material lain. Isu-isu alam sekitar yang dilaporkan oleh pihak televisyen telah menarik perhatian banyak pihak. Dalam membicarakan soal bencana alam peranan dan sumbangan televisyen adalah jelas dan nyata.Sebagai contoh, pemberitaan tentang gunung Merapi yang semakin hari dilaporkan telah memberikan maklumat yang penting kepada masyarakat diluar agar berwaspada.
Hari ini, jikalau menonton televisyen tidak kira stesen televisyen swasta mahupun kerajaan, kebanyakan berita yang dipaparkan adalah mengenai isu politik, hiburan, ekonomi dan sebagainya., Amat jarang sekali isu mengenai pendidikan mahupun pemuliharaan alam sekitar dipaparkan oleh stesen televisyen. Yang hanya mendapat liputan adalah isu seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, isu liwat Dato’ Seri Anwar dan pelbagai berita hiburan lain lagi. Memang tidak dinafikan berita-berita sebegitu juga adalah penting. Namun begitu, isu alam sekitar amat penting dan perlu diberi penegasan kerana masalah alam sekitar boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara dan seterusnya boleh menjejaskan pembangunan negara. Pada keseluruhannya, apabila berlaku sesuatu tragedi atau fenomena alam sekitar, barulah wartawan-wartawan, pemberita sibuk melaporkannya. Begitu jua, semuanya ibarat sudah terhantuk baru tergadah. Program televisyen mengenai pendidikan pemuliharaan alam sekitar seharusnya semakin hebat diterbitkan. Media seperti stesen-stesen televisyen perlu membangkitkan mana-mana pihak yang lena, menegur mana-mana pihak yang alpa sebelum masyarakat ditimpa bencana, sebelum alam mula memberontak. Yang pastinya, janganlah kita mencemarkan alam sekitar kerana kita memerlukannya. Walau hanya dengan tidak membuang sampah merata-rata sudah cukup bermakna untuk kita berbakti kepada alam. Tentunya alam sekitar yang terjaga memberi manfaat kepada kita jika kita prihatin menjaganya. Tuntasnya, media perlu lebih pro-aktif dan agresif dalam membongkar isu alam sekitar melalui integrasi pendidikan alam sekitar.

Hadirin yang dimuliakan,
Jantung negara kita iaitu kerajaan Malaysia sendiri perlu memulakan langkah yang bijak dan setanding dengan negara Jerman misalnya yang telah menggunakan sistem green dot iaitu sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan2 pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip,diasingkan dan dikitar semula.Taiwan contohnya telah mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang patut dicontohi dan mendorong negara kita ke arah mesra alam sekitar. Pihak kerajaan juga perlu dan mesti memantau  lokasi2 yang sering menjadi tempat pembuangan sisa toksik atau pembalakan haram.dalam hal ini,pihak kerajaan perlu memainkan peranan besar supaya hukuman setimpal dikenakan kepda pihak yang delinkuen terhadap peraturan alam sekitar.”bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Oleh itu,kita perlulah memupuk semangat sinergi dengan pihak kerajaan supaya dapat mengatasi isu kelestarian alam sekitar ini.

Hadirin sekalian,sidang penonton penuh santun,
Harus dikejut mana yang lena,
Harus ditegur mana yang alpa,
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai bicara

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai isi dan kuku,bagai irama dan lagu,bak aur dengan tebing. Oleh itu,hutan ditebang,hutan dimusnahkan,hutan diterokai untuk pembangunan sudah pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian,jika satu hari nanti,monyet2,harimau2 dan gajah2 ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan terkejut jika cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu  pokok yang tumbuh melilit ditepi pagar.
Oleh itu hadirin,bukalah mata dan minda,sama2 kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sifat mencintai alam sekitar. Ingat,alam gemilang,hidup pasti cemerlang. Jadi anda bayangkan andainya alam oleh berkata2,mungkin inilah luahan isi hati sebatang pokok meranti ataupun seekor semut api merah. Konklusinya,manusia yang mengancam,manusia sendiri yang terancam. Persoalannya,untuk mengejar sesuatu kemajuan,haruskah alam menjadi taruhannya? Timbang-timbangkan agar bom jangka ke tiga ini tidak terus meledak seperti ledakan tsunami di Jepun,gempa Bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan Wilma di Amerika. Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi,fikir2 lah sendiri.
“kelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama”
Wabillahitaufiqwalhidayah..wassalam….
Pemidato bestari,mohon berundur.^,^ 

:: Manfaatkan ilmu yang ada,serlahkan ape jua bakat yang korang ada. Masa depan di tangan kita !^^

..!! Tengok gambar kek je boleh DIET !!..



Salam malam jumaat Ima ucapkan. Apa aktiviti korang saat ini? Adakah macam Ima yang sedang khusyuk melayan telatah kanak-kanak ribena? Tak ada la kanak-kanak sangat kan, dah umur 20 dah pun, tapi gelagat Ya Allah, selalu buat Ima mengilai sesorang.Hihihi.. Korang nak kenal tak 'kanak-kanak' yang Ima maksudkan tu? =) Nanti Ima cerita dalam next or next entri k. Sure korang terpikat =DD

Korang mesti tertanya-tanya kan tajuk entri Ima kali ni. Macam impossible aje kan. Korang...meh Ima bagi tahu kenyataan. 


Menurut sebuah kajian, memandang gambar kek dan makanan manis yang menggoda jiwa membantu perempuan makan dengan cara sihat. Sememangnya agak janggal mendengarnya. Tapi, kajian dari Utrecht University di Belanda menemukan bahawa gambar makanan manis sebenarnya menguatkan lagi semangat serta tekad perempuan untuk makan dengan baik.
Haa..so korang, cuba mulakan dengan menampal gambar makanan tidak sihat di pintu peti ais untuk menghentikan cara pemakanan yang tidak sihat ! ^^

p/s :: tidak kira ape jantina kita,berapa umur kita,kesihatan penting utk hidup.(;


VOkal Bukan SekadaR Rupa 2

Hye geng! Selamat malam Ima ucapkan.huu,,, Ima ngah layan Vokal 2. 12 minggu berturut-turut menanti Final Vokal 2 ni. Hemmm agak menarik jugak la kan3. Mar versus Uchop. Hey...bukan Uchop Welchair ler. =.= Btw korang, tengok tak persembahan Mas Idayu & Azmeer..? haha. seriously,itu first time Ima tengok Azmeer nyanyi live! Lau dia nyanyi lam toilet tak ade la Ima tahu pulak kan.So, ape pandangan korang? cer bagi kita lak jadi juri amacam? hehehe. [Banyak chanteq! ] Haa..korang-korang, korang mesti tengokkan video playback azmeer & mar. Wuisshh how dare he is. Naseb baek slow kelajuan tangan Azmeer.kan3. So overall, Ima rasa pertandingan ni bersih dan disiplinnya agak tiptop jugak lah. Ape pulak pandangan korang?
Ok then, tak sabarnya nak tahu result Vokal 2 ni! Dua-dua mantap I say u. K, now Ima tengah countdown ni..jom sama-sama. 3.. 2.. 1... Woooshhhh!! Juaranya ialah________________ K, korang Google lah sendiri ya? haha jahat. Hey korang, mestilah Uchop!!! Dari awal musim lagi Ima sokong Uchop...! Yeah!
Uchop mengeluarkan airmata jantannya demi sebuah kemenangan. Uchop, Ima nak jadi adeq angkat boleh? [dwit 100k punyer hal lah kann..haha]
Haha k lah korang, Ima nak pergi jumpa Uchop, mintak 1k pun jadi lah. Eit, Uchop dah ade bini plus anak? O...ingat kan..em xpelah Uchop. JANJI ROCK!
* Close lappy,be happy *

~Pilih GINCU ikut warna kulit~

Hye gadis-gadis yang chantek lagi manis, cun melecur..eh2..melecun.upps..korang buat ape tu? Ada candle light dinner ke malam ni? ataupun first date esok? atau pun interview penting besok pagi dan korang masih tercungap-cungap memilih gincu terbaik dari ladang? Alahh...xpayah cari susah. Korang dah buat pilihan yang terbaik sebaik sahaja korang masuk blog ima nih. hee..amuihh pasan lebeyhh ima ni..
Lalat : banyak cakap la kao ima,cepat la,muncung aku dah tak tahu nak taruk lipstik warna ape.@#$#
Okay lah okay lah.. Jom kita check kulit korang dan warna gincu yang shesuai untuk korang!

  • Kuning langsat :
Korang kena hindari warna merah jambu pucat sebab ia akan membuat korang kelihatan lebih pucat. Agar penampilan menyerlah & ceria,pilih warna merah jambu daripada rona anggur atau berry pink.Elakkan juga merah berona jingga tau, bikin korang lagi pucat.

  • Kulit gelap :
Pilih warna merah jambu dengan efek sheer dan berkilat agar tampil menawan. Penampilan akan lebih terserlah jika korang mengenakan rona coklat tua atau warna red mahogani. Coklat memang diciptakan untuk si hitam manis ;) Pilih coklat gelap dengan sentuhan plum pekat atau glossy beige.
  • Sawo matang :
Merah jambu rona mocha atau kecoklatan amat sesuai untuk korang yang berkulit sawo matang ni, Pilih gincu waran coklat nuansa kopi agar terkesan eksotik.wow! Tapi, kalau tujuan korang untuk tonjolkan warna kulit, terutama pada siang hari, warna mocha pilihan yang sesuai!

  • Putih
Warna merah dalam variasi apa pun pasti sesuai jika korang dalam kategori putik melepak pak pak ni. Tapi jangan terlalu menjolok mata sarang tebuan pulak,pastikan sesuai dengan waktu dan acara ye. Pilih coklat beige berona merah jambu untuk menambahkan kesan segar dan aktif.

Fuhh.. K lah korang. Selamat memilih gincu terbaik dari ladang. Pastikan ada cop SIRIM baru beli. waaosshh! TAta~


Piala Suzuki 2012 menutup tirai....

Oh my Gucci~ Malaysia my love xdapat masuk final. So then, kita punya jiran Thai sama Singapore yang masuk final.hemm..sambil kunyah marshmallow,aku tengok jer final AFF Suzuki tadi. Well,semangat tu tak ada lar sebab bukan negara i yang masuk.ZIP ZAP ZIP ZAP...banggg! Thai sumbat 1 golll!!! pHeww...wait2...jangan lupa kat tempat Singapore before Singapore dah pegang kemas 3 gol okay.Jangan buat2 lupa itu~ Dengan termengah2nya aku sama naik dengan pemain dalam televisyen. Mak aku pelik jer tengok.Apehal anak aku ni..haha..Relax bu relax.So my gucci....times up! LALALALALALA....Singapore is the winner! 3-2 secara keseluruhan aggregate. sO, off Tv, On lappy n enjoy our nite dears !
[publish]!

ME MYSELF & MY WORLD

Hello guys...urghh...i have no idea to publish anything on my mind right now. tapi sebelum aku tido jap lagi..aku nak share something like story or lebih kepada advice la untuk korang. Well...KAWAN. apa erti kawan bagi korang? tempat untuk mengadu masalah?tempat untuk korang enjoy? mungkin banyak pendefinisiannya kan. bagi aku,kawan penting. Aku bila dah berkawan, memang anggap macam adik-beradik. Tapi bila kawan buat onar,aku lah orang paling jahat masa tu. Korang, hargailah kawan masa diorang masih ada. Jangan sesekali berpura-pura dalam perhubungan. So,thats all for tonite. Bla bla bla~ PUBLISH!