aKu ingin berubah (1)


Aku ingin berubah. Aku tidak menanti sesiapa datang merubah diriku kerana aku tahu hanya aku dan kekuatan ku sahaja mampu merubah segalanya.
Aku sedar aku kini jauh bersembunyi disebalik manusia-manusia yang alpa. Aku tahu aku salah dalam perbuatan ku. Aku sedar tapi kenapa aku tak takut. Adakah perasaan sebegini bukan lagi satu hidayah? Aku seolah-olah membiarkan kebenaran terkubur dan bersorak dengan kejahilan. Aku takut, takut jika menjauh dari mengingati-Mu. Namun,aku bersyukur kerana aku punya hati yang masih hidup, cuma langkah ku yang masih merangkak, tercari-cari permata iman. Ya Tuhan Pencipta diriku dan sekalian alam, aku tidak ingin Engkau pertemukan aku dengan pemilik rusukku selagi aku belum mempersiapkan diriku sesempurna gadis muslimah yang sebenar.
                Aku, Cik Puan Cahaya yang Penuh dengan Kesopanan. Itu nama maksudku. Semoga nama yang diberikan oleh ibubapa ku 20 tahun yang lalu menjadi sebati dengan sifat ku. Kesopanan..  Aku berasa begitu tercabar menjadi seorang gadis remaja di zaman alaf 21 ini. Takut pun ada. Maaf untuk ku katakan, tapi aku amat memilih dalam bersahabat. Kerana aku yakin, sahabat mampu mempengaruhi kita walaupun bukan 100%. Namun, aku juga tidak menghina sesiapa yang salah dalam bersahabat. Semua manusia tidak sempurna. Aku suka memberi nasihat disamping meminta nasihat daripada sahabat. Sebab itu aku perlukan sahabat yang mampu membimbingku ke arah kebaikan.

No comments:

Post a Comment