Isu pendatang asing di Malaysia

Siapa itu pendatang asing? Kenapa mereka dating mencari rezeki di sini? Berapa purata kedatangan mereka dalam setahun?
Anda yang comel,anda yang kacak
Tak kiralah Nepal, Pakistan, Bangladesh atau Indonesia sekalipun,mereka inilah pendatang asing. Cuma yang membezakan mereka dalam kalangan mereka sendiri adalah status PADI atau PATI. Anda yang bijak sana bijak sini sudah tentu terbiasa dengan istilah tersebut kan?
Jom kita perincikan lagi skop topik ini. Pendatang asing yang saya maksudkan ni terkecuali daripada golongan pelancong asing ye. Ini tentang pekerja asing.
Tertanya-tanya di fikiran,berapa ramai pendatang asing membanjiri Malaysia saban tahun? Kalau anda ‘google search’ laporan ekonomi 2010/2011, pekerja asing berdaftar sebanyak 1.8 juta. Jumlah yang sangat besar. Itu baru PADI,kalian. Belum ditambah jumlah bersih PATI di Negara kita.
Ada seorang rakan saya di laman sosial memuat naik gambar yang mengundang pertanyaan adakah ini Malaysia? Gambar tersebut menunjukkan bilangan besar warga asing di sebuah kota. Ya. Berlaku di Malaysia kerana kelihatan kereta buatan Malaysia dan bendera negara kita berkibaran.
Pandangan saya mudah,kita sebagai tuan rumah seharusnya kita mampu memonopoli hampir segenap peluang pekerjaan yang ada. Namun,apabila melibatkan sector 3D (kotor,taraf rendah,bahaya), semua sokong dan memilih warga asing untuk megisi kekosongan pekerjaan itu.
Andai kata anak-anak muda yang tidak dapat peluang untuk duduk di kerusi CEO,yang buta huruf,yang menganggur bertahun-tahun berminat untuk mengisi tempat warga asing,saya rasa gambar yang dimuat naik itu tidak akan wujud lagi.

Tapi mustahilkah itu akan berlaku? Kawan-kawan,jangan kita nafikan bahawa tenaga kerja asing diperlukan di negara kita yang sedang membangun. Oleh itu,sama-sama kita pandang ke hadapan,berpandangan jauh untuk pembangunan negara. Kita adalah tuan tanah Melayu. Takkan melayu hilang di dunia.

No comments:

Post a Comment