Bayangkan satu keadaan. Ummi dan abah kita diikat dan dibakar hidup-hidup. Sanggupkah kita melihat keadaan itu? Mereka berteriak,kesakitan yang amat. Oh Allah!
Sejujurnya bayangan sebegitu sangat menggerunkan. Tapi terkadang kita tidak sedar,ada tingkah laku kita yang mengheret mereka setapak demi setapak ke neraka.
Bermula dari segi pergaulan,pemakaian adan seluruh hidup kita,semuanya akan disoal oleh Allah kepada ibu bapa kita dahulu. Anak-anak amanah dari Allah untuk ummi dan abah.
Pesanan untuk diri saya yang jahil,jadilah anak yang menyejukkan hati kedua ibubapa. Jadilah anak yang tahu cara untuk menyelamatkan ummi dan abah dari seksaan api neraka. Allahuakbar.
Doakan ummi dan abah selalu...
Isu pendatang asing di Malaysia
Siapa itu pendatang asing? Kenapa mereka dating mencari
rezeki di sini? Berapa purata kedatangan mereka dalam setahun?
Anda yang comel,anda yang kacak
Tak kiralah Nepal, Pakistan, Bangladesh atau Indonesia
sekalipun,mereka inilah pendatang asing. Cuma yang membezakan mereka dalam
kalangan mereka sendiri adalah status PADI atau PATI. Anda yang bijak sana
bijak sini sudah tentu terbiasa dengan istilah tersebut kan?
Jom kita perincikan lagi skop topik ini. Pendatang asing
yang saya maksudkan ni terkecuali daripada golongan pelancong asing ye. Ini
tentang pekerja asing.
Tertanya-tanya di fikiran,berapa ramai pendatang asing
membanjiri Malaysia saban tahun? Kalau anda ‘google search’ laporan ekonomi
2010/2011, pekerja asing berdaftar sebanyak 1.8 juta. Jumlah yang sangat besar.
Itu baru PADI,kalian. Belum ditambah jumlah bersih PATI di Negara kita.
Ada seorang rakan saya di laman sosial memuat naik gambar
yang mengundang pertanyaan adakah ini Malaysia? Gambar tersebut menunjukkan
bilangan besar warga asing di sebuah kota. Ya. Berlaku di Malaysia kerana
kelihatan kereta buatan Malaysia dan bendera negara kita berkibaran.
Pandangan saya mudah,kita sebagai tuan rumah seharusnya kita
mampu memonopoli hampir segenap peluang pekerjaan yang ada. Namun,apabila
melibatkan sector 3D (kotor,taraf rendah,bahaya), semua sokong dan memilih
warga asing untuk megisi kekosongan pekerjaan itu.
Andai kata anak-anak muda yang tidak dapat peluang untuk
duduk di kerusi CEO,yang buta huruf,yang menganggur bertahun-tahun berminat
untuk mengisi tempat warga asing,saya rasa gambar yang dimuat naik itu tidak
akan wujud lagi.
Tapi mustahilkah itu akan berlaku? Kawan-kawan,jangan kita
nafikan bahawa tenaga kerja asing diperlukan di negara kita yang sedang
membangun. Oleh itu,sama-sama kita pandang ke hadapan,berpandangan jauh untuk
pembangunan negara. Kita adalah tuan tanah Melayu. Takkan melayu hilang di
dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)