Memorable First Love

Assalamualaikum..

Entry kali ni saya nak luah perasaan sedih saya bila dengar berita tentang kawan-kawan saya di luar sana yang lari bersama teman lelaki, lari meninggalkan ibu bapa, lari bersama cinta hati, first love is unforgettable katanya. Sampai ayah menangis merayu anak balik, keluar televisyen. MasyaAllah L

Siapa sebenarnya first love kita yang sepatutnya kita sukar lupakan? Yang akan kita ingat selalu?
Kawan-kawan, sebelum kita hanyut, kita perlu tanya diri kita sesuatu. “siapa yang melahirkan kita?” “siapa yang qamat azan di telinga kecil kita?” “siapa yang membesarkan kita?”

First love kita yang sebenarnya ialah ibu dan ayah. Lahir saja kita di dunia, wajah ibu ayah yang kita kenal dulu. Cinta pandang pertama yang sebenar. Saya tak kata salah kalau term first love itu diberi kepada teman lelaki atau crush pertama, tetapi kenangan cinta pertama yang tak dapat dilupakan ialah kehadiran ibu dan ayah. Tanpa mereka, siapa lah kita.

Kawan-kawan, dahulukanlah ibu dan ayah dulu. Berkasih saying di antara lelaki dan perempuan itu lumrah hidup,tambah-tambah lagi di usia muda. Tapi jangan kerana darah muda itu, kita membelakangi ibu dan ayah.


Jumpa lagi kawan-kawan J

No comments:

Post a Comment