Youtube - Private 2013

Huh hUh.. setelah sekian lama saya dok decorate video ni, akhirnya hajatku kesampaian. Yahoo yahii! Happy tak terkata. Tapi.. tapi.. kualiti gambar tak menarik. Maaf, saya bukan budak Programming. :(  Ceh, mood sedih pulak. Saya buat video ni khas untuk kawan-kawan saya yang saya sayang. Sedikit dendam kesumat tak ada simpan di dalam hati melainkan kekhilafan diri yang menyinggung perasaan mereka. Saya tahu banyak tutur kata dan kelakuan saya yang menyebabkan mereka marah ataupun keecewa berkawan dengan saya. I'm so sorry friends. I didn't mean that. Saya harap persengketaan yang pernah berlaku antara kita dilerai cara baik. Saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki even sekarang bukan time raya.

Impian saya ialah kelak bila kami berjumpa di mana-mana tempat secara tak sengaja, kami masih saling mengingati dan yang paling penting, mereka tak malu untuk memanggil nama saya, "Shima! Shima!".

So, selamat kehabisan Diploma ye. [err kehabisan? lantaklah] Kepada yang nak bekerja dulu,selamat melangkah ke alam pekerjaan dan bagi yang semangat untuk sambung ijazah, selamat melangkah ke alam ijazah sarjana! Saya Siti Nor Hasyimah binti Mohammad Zaki menyusun jari 10 memohon maaf andai ada terkasar bahasa dan budi bicara. Saya undur diri dulu. #Publish!

No comments:

Post a Comment