Save The Date 30.8.2014



Assalamualaikum!
Tanggal 30 Ogos 2014,
Sebelum tu nak bagi tahu dengan bangganya Ima dapat pelepasan cuti tahunan semata-mata nak attend wedding bestfriend merangkap old friend zaman muda mudi sekolah menengah dulu. Perghh... puas hati dapat pergi. Lama sangat tak jumpa. Ima plan car pooling la dengan kawan-kawan rapat lain ; Amalina,Hasifah,Azy dan Atikka nak pergi rumah Tasnim Alyanie ni.

kat parking KB Mall. Cari hadiah dulu.


Tak sangka kan, Ima rasa Ima enjoy lagi di usia 22 tahun. Tup-tup bila dapat panggilan kawan baik ni dah nak kahwin,weyy orang lain baya Ima dah nak melangkah fasa baru la. Matured nya diorang. Jodoh diorang sampai awal. Alhamdulillah for them. :)

Well,melaram sakan la kami. First pergi of course la nak jumpa bestfriend tu. Second.. ehee... #selfie ..!
Masa sampai tu,si pengantin kecik molek tu tengah diandam. Jadi kami tak nak ganggu dia,kami ganggu pelamin dia. Haa.. Theme purple. Cantikkan pelamin? Oh my gucci...rasa macam nak kahwin!




Lama bebenor si Tasnim di andam. Puas kami bergambar. Sumpah jadi kenangan untuk anak cucu cicit nanti. hehehe
Just merid la sangat. Tumpang pelamin orang je pun. Ahak
atikka,hasifah,azy





with bestfriend Amalina Anati :*

Actually i'm not married yet! haha


Puas meroyan atas pelamin orang,pengantin perempuan merangkap bestfriend sekolah menengah Ima dah siap diandam. Cun cantik naik seri semua perghh la!




Lagi gambar buat semak dekat pelamin orang. Sekali sekala bang akak :D




~SEMOGA PERKAHWINAN SAHABAT IMA (TASNIM) & PASANGAN (ZULMI) BERKEKALAN HINGGA JANNAH. Ameenn..

p/s : who will be next??








Doakan Ummi Dan Abah

Bayangkan satu keadaan. Ummi dan abah kita diikat dan dibakar hidup-hidup. Sanggupkah kita melihat keadaan itu? Mereka berteriak,kesakitan yang amat. Oh Allah!
Sejujurnya bayangan sebegitu sangat menggerunkan. Tapi terkadang kita tidak sedar,ada tingkah laku kita yang mengheret mereka setapak demi setapak ke neraka.
Bermula dari segi pergaulan,pemakaian adan seluruh hidup kita,semuanya akan disoal oleh Allah kepada ibu bapa kita dahulu. Anak-anak amanah dari Allah untuk ummi dan abah.
Pesanan untuk diri saya yang jahil,jadilah anak yang menyejukkan hati kedua ibubapa. Jadilah anak yang tahu cara untuk menyelamatkan ummi dan abah dari seksaan api neraka. Allahuakbar.
Doakan ummi dan abah selalu...

Isu pendatang asing di Malaysia

Siapa itu pendatang asing? Kenapa mereka dating mencari rezeki di sini? Berapa purata kedatangan mereka dalam setahun?
Anda yang comel,anda yang kacak
Tak kiralah Nepal, Pakistan, Bangladesh atau Indonesia sekalipun,mereka inilah pendatang asing. Cuma yang membezakan mereka dalam kalangan mereka sendiri adalah status PADI atau PATI. Anda yang bijak sana bijak sini sudah tentu terbiasa dengan istilah tersebut kan?
Jom kita perincikan lagi skop topik ini. Pendatang asing yang saya maksudkan ni terkecuali daripada golongan pelancong asing ye. Ini tentang pekerja asing.
Tertanya-tanya di fikiran,berapa ramai pendatang asing membanjiri Malaysia saban tahun? Kalau anda ‘google search’ laporan ekonomi 2010/2011, pekerja asing berdaftar sebanyak 1.8 juta. Jumlah yang sangat besar. Itu baru PADI,kalian. Belum ditambah jumlah bersih PATI di Negara kita.
Ada seorang rakan saya di laman sosial memuat naik gambar yang mengundang pertanyaan adakah ini Malaysia? Gambar tersebut menunjukkan bilangan besar warga asing di sebuah kota. Ya. Berlaku di Malaysia kerana kelihatan kereta buatan Malaysia dan bendera negara kita berkibaran.
Pandangan saya mudah,kita sebagai tuan rumah seharusnya kita mampu memonopoli hampir segenap peluang pekerjaan yang ada. Namun,apabila melibatkan sector 3D (kotor,taraf rendah,bahaya), semua sokong dan memilih warga asing untuk megisi kekosongan pekerjaan itu.
Andai kata anak-anak muda yang tidak dapat peluang untuk duduk di kerusi CEO,yang buta huruf,yang menganggur bertahun-tahun berminat untuk mengisi tempat warga asing,saya rasa gambar yang dimuat naik itu tidak akan wujud lagi.

Tapi mustahilkah itu akan berlaku? Kawan-kawan,jangan kita nafikan bahawa tenaga kerja asing diperlukan di negara kita yang sedang membangun. Oleh itu,sama-sama kita pandang ke hadapan,berpandangan jauh untuk pembangunan negara. Kita adalah tuan tanah Melayu. Takkan melayu hilang di dunia.