Hai Julai Hai Ramadhan !

Assalamualaikum.. uhuk uhuk! Mak aih berhabuknya blog ni. Blog siapa ni.. Aii aii.. Ni mesti tuan blog ni busy tak sempat sapu bersih dia punya blog ni. Ish3.. Haha. Sekali sekala kena jugak mengata diri sendiri. Ye tak?

Eh eh.. pejam celik pejam celik dah bulan Julai rupanya. Rasanya macam baru semalam sambut Tahun baru 2013. Dah nak sampai penghujung. Cepatnya masa. Tak mo tak mo ! Umur pun makin banyak. *gedik*

Tapi Julai tahun ni berbeza dengan tahun lepas sebab tahun ni kita menyambut Ramadhan Al Mubarak pada bulan ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas untuk menghitung hari menyambut Ramadhan dan harap-harap masih diberi peluang untuk bertemu dengan Tarawih dan Lailatul Qadar. :)

Puasa kali ini merupakan puasa terakhir bersama kawan-kawan seperjuangan di UiTM Machang. MashaAllah, sedih tetiba pulak rasa. *sobbing*

Akhir kata semoga puasa penuh ye nanti semua-semua! Kalau yang ditakdirkan uzur tu nak buat macam mane kan. Bagi yang tak ditakdirkan tu, jaga elok-elok puasa tau. Ala.. sebulan saja. Lagi pun bila bunyi aje azan Maghrib, air laici kang, air tebu, air jagung, I love u #ehh semua jenis air ada,tak termasuk kuih muih dan lauk pauk lagi dah terhidang penuh atas meja. Untungnya kita berpuasa. :) Cuba bayangkan keluarga yang daif. MasyaAllah.. Tak payah tunggu bulan puasa, sekarang ni pun mungkin mereka belum jamah sesuap nasi apatah nak fikir "aku nak masak apa ye hari ni?Aku nak beli apa ye hari ni?". Bersyukurlah dengan kehidupan kita. Jangan sampai Allah tarik nikmat dari kita nanti tau. :)

Akhir kata.. #ehh tadi dah akhir.. Akhir kata sekali lagi, "Ingatlah mereka yang di bawah. Saling membantu itu amalan mulia. Allah pun sayang." :)

-SHUTDOWN-