! Pastikan itu bukan Kamu !


Hidup ini ibarat macam aiskrim. Dinikmati dengan penuh keasyikan disebalik waspada akan kecairannya. Hidup sebagai seorang manusia yang berpijak pada bumi yang nyata memang penuh onak dan duri. Tiada siapa yang berakal tiada masalah melainkan yang gila. Masalah kita wujud setiap hari. Tidak kira masalah besar atau kecil. Contohnya, nak pergi kenduri kahwin rakan sejawat tapi tiada baju yang sesuai atau tiada baju baru. Nah, itu baru masalah kecil. Belum lagi melibatkan soal hati dan tanggungjawab. Terlalu banyak rintangan yang perlu diharungi... . Krek krek. "Aduh,idea aku tersangkut. Pekena nescafe secawan." Lantas tubuhnya dibangunkan dari katil setelah berjam-jam menghadap komputer riba Acer pemberian ibu saudara kesayangannya. Sudah hampir 5 tahun laptop itu digunakan. Kerusi meja makan di dapur ditarik lalu dilabuhkan punggungnya. Slurrpp..ahh. Nescafe separa manis yang masih panas dihirup perlahan-lahan. Sememangnya dia tidak berminat dengan minuman atau makan yang terlalu manis. Boleh pitam jawabnya. Dia seorang penggemar masakan pedas, sesuai dengan sifatnya yang mudah marah. "Ish, xfaham la aku budak ni. Lewat malam macam ni pun tak balik lagi. Suka kot dengar aku membebel. Aku jugak yang penat. Aii.. budak ni..jangan sampai aku tertidur. Kang aku kunci pintu,kau tidur la kat luar." lalu dijeling jam di dinding dapur rumahnya yang menunjukkan jam 10.30 malam. Dia akan membebel kalau adiknya pulang lewat walaupun seminit. Adik perempuan bongsunya, memang seorang yang keras kepala. Walaupun dia tahu adiknya seorang yang tidak nakal tapi sifat kebimbangan seorang kakak tetap ada. "Mana kau pergi budak..kan aku suruh kau balik sebelum pukul 10 kalau kau pergi rumah si Diana tu malam-malam...aku takut...kau pergi mana dik.." nada suaranya makin lama makin lemah dek kerana mengantuk. Tangannya masih menggenggam telinga mug namun kepalanya telah dilentokkan di atas meja makan. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Mungkin kerana kepenatan bekerja, dia mudah untuk terlelap awal malam. Panngg!! Mug yang  digenggam di sisi meja terlucut dari jari lalu terhempas ke permukaan lantai. Berkecai mug pemberian adik bongsunya itu sempena hari pertama dia bekerja sebagai pembantu akauntan 3 tahun yang lalu. Dia tersedar dari lelap secara mengejut. Mulutnya separa terlopong, terpaku dan berdebar. Diucapnya kalimah Allah beberapa kali untuk menenangkan hati. Lalu dicapai kain berdekatan meja makan dan mengutip sisa-sisa mug yang bertaburan di atas lantai. Tiba-tiba dia teringatkan adiknya yang masih belum pulang. Terus dia naik ke biliknya,capai tudung warna hitam yang tersidai di bucu katil dan mengambil telefon bimbit Nokia X2. Sewaktu menuruni tangga, dia tersentak dengan 21 panggilan yang tidak dijawab. "Diana? Yang kau missed call aku banyak kali ni pahal budak... kau anta je la adik aku tu.Eishh..tak pasal-pasal kena pergi jemput pulak.Dah la aku meluat tengok muka abang dia tu." Mulutnya tidak henti-henti membebel sambil langkah kakinya dipanjangkan. Dicapai kunci kereta Proton Savvy milik syarikat tempat dia bekerja. Sewaktu dia sedang mengundurkan keretanya untuk keluar dari pagar rumah, sebuah kereta Honda putih berhenti di hadapan pagar,menghalangi keretanya untuk keluar. "Kak Ilah? Kenapa pulak dia datang?Dia datang hantar Amni ke?" Lalu dia keluar dari kereta dan menuju ke arah Kak Ilah yang turut keluar dari bahagian pemandu. " Wawa,Amni..." Kak Ilah tersedu-sedu lalu dipeluknya gadis yang masih kebingungan itu. " Kak, nape ni?? tolong bagi tahu saya mana Amni. Amni pergi mana kak lewat malam camni? Kenapa dia buat saya runsing.  Tadi Diana call saya banyak kali tapi saya.." Kak Ilah terus berkata  " Amni dan Diana accident masa on the way hantar Amni. Sekarang Diana berada di ruang pesakit luar, tapi Amni di wad kecemasan.Wa, mari wa. Kita ke hospital sekarang. Amni kritikal. Tadi kakak yang call Wawa,tapi Wawa tak jawab." Dia sekali lagi terkejut, tapi kejutan kali ini lagi parah berbanding mug yang berkecai tadi. Dia seolah-olah kaku, tidak mampu untuk bergerak mahupun bercakap. "Kak,saya sayang Amni...kak.." Dia memegang bahu ibu Diana kerana terlalu lemah dengan perkhabaran sedemikian. Tiba-tiba dia jatuh pengsan di hadapan Kak Ilah. "MashaAllah, Wawa! Ya Tuhanku..." Kak Ilah memapah Wawa masuk ke dalam keretanya disebelah tempat duduk pemandu.
Setibanya di hospital, Kak Ilah mengejutkannya dengan merenjis-renjis air mineral di atas muka. "Wawa...Amni wawa.Bangun Wa. Kita masuk tengok Amni." Suara Kak Ilah yang menyebut Amni menyedarkannya. Lantas pintu kereta dibuka lalu dia berlari menuju ke wad kecemasan. "Wawa!" Kak Ilah mengejarnya dari belakang. "Nurse, mane wad kecemasan budak yang accident dihantar ke sini tadi?" "Mari saya tunjukkan" jururawat tersebut menunjukkan jalan. Setibanya di pintu wad,dia ingin masuk tapi dihalang oleh jururawat tersebut." Aku nak jumpa adik aku! Amni! Akak kat luar ni Amnii....haaaaa...Amni....!" Dia meronta-ronta lalu rebah di hadapan pintu wad dimana adiknya sedang bertarung nyawa. Adiknya mengalami kecederaan serius.  Kak Ilah dan Diana datang lalu memeluknya. Diana mengalami patah tulang bahu akibat terpelanting dari motorsikal. "Sabar Wawa sabar. Ingat Allah." Kak Ilah cuba menenangkannya. "Akak,saya minta maaf. Saya cuai akak. Sebab saya Amni jadi macam ni," Diana cuba memujuknya lalu digenggam erat tangan Wawa. "Kau Diana,aku takkan maafkan kau", direnungnya mata Diana dengan wajah yang penuh kebencian lalu direntap tangan Diana. Kak Ilah terkedu seketika dengan perbuatan Wawa.

Boleh Ima jadi Novelis?


Hye geng ! Sorry for no entry during new year eve. Ima student. Student mana? Student Uitm. Uitm mana? Uitm Machang,Kelantan. Just nak bagi tahu yang area Machang slow ciput line internet. So, nak update entry tiap-tiap hari memang tak la kan.haha. Seksa jiwa. Sebenarnya Ima menulis cerpen. Ada orang tanya kenapa tak tulis novel? Yadoii... novel tu tobai, cerpen ni macam kulit bawang pun tak apa. Bukan apa, Ima ni sebenarnya minat ke arah kebahasaan gitu. Nombor-nombor ni lomah sikit. Haha. Tapi tak tahu macam mana boleh tercampak lalu tergolek dalam bidang Perakaunan ni. Haa.. tapi perakaunan pun ada subjek membaca tau. So, memang shuke shangat2 kalau dalam 1 sem ada paper membaca. haha. Makanan Ima tu.
So, apa pandangan korang kalau Ima nak jadi Novelis? 
" Lantak ko la Ima"/ " Reti ke?"
Itu pasal lah Ima nak mintak tolong korang komen apa yang patut Ima buat kalau nak jadi novelis. Tapi Ima  bukan kaki Novel,tapi Ima suka menulis dan berkhayal. haaa..banyak tapi daa~
So,from now on, Ima akan tulis sebuah cerita episode by episode untuk bacaan korang. And please jangan takut-takut untuk mengkritik gaya penulisannya okay. Lagi bagus kalau real Novelis dapat baca penulisan Ima ni. =)) 

Tinggalkan komen korang di message box fb atau korang tweet Ima, okay geng !